Monday, August 23, 2021

I'm back to tell you my story/journey

Entah kenapa tiba-tiba boleh terdetik hati nak bukak blogger yang dah lama bersawang ni. 
Kalau ikutkan alamat blog sendiri pun dah tak ingat. maklumlah last entry pun tahun 2013. 

I'm back setelah 8 tahun berlalu, zaman di mana mungkin tiada lagi manusia yang gunakan blog sebagai medium untuk bercerita. entah-entah generasi baru sekarang pun tak tahu langsung kewujudan blog kan?

Rasanya dulu stop blogging sebab dah mula bekerja kot. Masuk fasa membina kerjaya kononnya tapi look at me now, still tak dapat gapai impian di mana aku berpuas hati dengan career dan position aku,
Kalau dikenang-kenang, terkilan sebenarnya bila ramai rakan seperjuangan masa belajar di Shah Alam dulu dah menjadi 'someone' but i'm still nobody.

Bukan tak bersyukur, tapi malu dengan diri sendiri yang takde inisiatif nak majukan diri sebab dah berada si zon selesa walaupun gaji cukup-cukup makan je. 


Dulu, ada orang pernah tanya soalan ni :

how do you see yourself 10 years from now


Masa tu confident jawab nak achieve banyak benda, target nak pulun macam-macam padahal bukan senang nak achieve semua tu.

Dear self 10 tahun lalu. Maafkan diriku sebab banyak tersasar dari misi asal. Dulu berkobar-kobar bersemangat waja nak buat itu-ini. Sekarang? Maybe dah capai tahap 'burnout' bekerja.



Dengan isu pandemik Covid-19 yang pejam celik dah lebih 2 tahun kita lalui. Banyak nyawa melayang dek wabak jahat ni. Dan di antaranya ada juga kenalan rapat yang tewas berperang dengan penyakit bahaya ni. 

Hidup dalam norma baru pun sedikit sebanyak buat kehidupan bertambah stress. 
No more bebas merentas negeri in fact selama pandemik ni bermula selama itulah aku tak dapat balik kampung. Hanya whatsapp atau kadang-kadang video call sebagai pelepas rindu.

Nak jalan sana sini pun dalam ketakutan. Lebih-lebih lagi wujudnya isu sporadik dimana virus Covid ni boleh menjangkiti seseorang tanpa perlu ada kontak rapat. Siap ada variant virus baru pulak, makin mengganas dan kebal katanya.

Pergi mana-mana pun face mask dan hand sanitizer tak boleh tinggal. Memang kena selit extra dalam beg. Bukan tu je, siap ada yang nak extra protection guna face shield dan double mask untuk kurangkan kebarangkalian jangkitan covid.

Nak bersosial/dekat-dekat dengan orang pun takut. Takut jadi pembawa atau dijangkiti daripada orang. Dahlah aku sejenis kera sumbang, sebabkan isu Covid ni makin anti-social jadinya.



Setakat ni jelah nukilan yang mampu aku coretkan. Tak sangka banyak pulak benda nak taip pukul 2 pagi ni. 

Mungkin lepas ni akan rajin update kat sini? Who knows? Boleh buat list target/life goals baru gitu. New me. New achievement. InsyaAllah.





Sekian, Sis yang baru terbangkit dari mimpi panjang 👀


0 0142 kepochi:

Post a Comment